Sunday, July 25, 2010

26/7/2010 = 5 years

hahai hehei... just wanna tell...hari ni dah genap 5 tahun aku kerja sebagai penjawat awam.  lama ke 5 tahun tu?  tak la lama, tapi yg pastinya bukan freshie lg ye.  Alhamdulillah, i got a permanent and stable job during my early age of 20.  aku tengok ramai org yg masih berkejar mencari kerja tetap sekarang ni.  masing-masing berebut nak kerja, terutamanya kerja sebagai penjawat awam.  mana-mana yg dah bekerja dgn syarikat swasta dengan gaji yg lumayan pun masih juga lagi nak apply kerja kerajaan yg gaji ciput tu. (tapi faedah nye banyak tau...)  bila memikirkan itu, aku sangat rasa bertuah dan sangat bersyukur kepada Allah kerana telah memberi aku rezeki dan jalan yg mudah untuk ini.  sememangnya aku harus mengakui bahawa sememangnya aku tidak menempuhi sebarang kesukaran untuk mendapatkan kerja.  sesungguhnya mungkin ini yg telah ditakdirkan Allah sebagai rezeki untukku.  Terima kasih Ya Allah.  

walau bagaimanapun, jgn salah sangka ya.  bukan bermaksud untuk meninggi diri, walhal jawatan yg disandang sekadar jawatan bawahan saja.  sekadar melahirkan rasa kesyukuran supaya diri ini tidak mudah lupa dari mana datangnya semua ini.  walau pun mudah untuk aku dapat kerja, cabaran dan dugaan yg datang selepas itu adalah lebih sukar dan lebih susah malah tak pernah terjangka dalam kotak fikiran aku.  sepanjang 5 tahun ini telah banyak kesilapan yg aku buat yg tidak mungkin aku akan lupa.  sama ada dari segi profesional nya mahupun secara peribadinya.  dan siapa tahu apa akan jadi pada masa akan datang.  walau apa pun, aku hanya mampu berharap keadaan akan jadi lebih baik untuk aku dari masa ke masa. 

1 comment: