Thursday, July 29, 2010

our dinner

Tempat  :   Hotel Empress, Salak Tinggi
Tarikh  :  27th July 2010
Masa  :  6.00 p.m

Makan malam ni diadakan sempena meraikan kenaikan pangkat our 2nd bosses, T.H, T.Y and T.M.  di antara mereka hanya TM je yg dapat hadir malam tu.  takpelah, mungkin dia ada hal... =)  boleh dikatakan sebagai majlis perpisahan juga sebab tuan2 ni semua sudah ditukarkan ke tempat lain.  masa akan datang, tak tahulah akan dapat bekersama semula ke tak kannn....kehadiran miss F and miss N menyerikan majlis kami.  weee...  lama tak jumpa miss Nmiss F, kita da selalu jumpa di rumah yerrr....haha! sonok dpt jumpa your beloved ex boss semula???  =D  takde la meriah sgt, cuma mkn2 biasa je.  mcm berkumpul sedara mara tu.... haha.  apa yg penting dpt berjumpa, duduk borak2 bersama-sama kan.  kalau kat ofis protokol nak kena jaga, tp bila buat mcm ni, terasa lebih santai dan mengeratkan lagi silaturrahim...chewah!~  ok lah, cakap byk pun tak guna, nak upload gambar lah....


 hahahihihuhu...gmbar close up dekat!  pg2 lg kat opis td si zainal da bikin aku angin sbb dia g edit gamba ni lps tu letak as wallpaper.  pe yg buat aku hangin?  dia hitamkan gigi aku sebatang! kuang ajaq hang!!!



sebahagian dari ::kami::



aku interframe lagi....harussss lah! belog aku kannn...haha


the other half of ::us::  ... aaa yg kecik2 tu nanti, pelapis!



haaa...miss F,  scandalous???  



boss2 ::kami::


kami suka lelaki botak...kan miss F?  tapi, boboy? erk, takpe laa



gossip girls bak kata si N.  yg sorg lg tu, body guard kami.  'tough' kan?


our bosses.  TH tgh bg ucapan perpisahan sambil pegang kerusi.


our big boss!  tgh bg ucapan, sambil pegang kerusi jugak....


k, dah. bye!~

Sunday, July 25, 2010

26/7/2010 = 5 years

hahai hehei... just wanna tell...hari ni dah genap 5 tahun aku kerja sebagai penjawat awam.  lama ke 5 tahun tu?  tak la lama, tapi yg pastinya bukan freshie lg ye.  Alhamdulillah, i got a permanent and stable job during my early age of 20.  aku tengok ramai org yg masih berkejar mencari kerja tetap sekarang ni.  masing-masing berebut nak kerja, terutamanya kerja sebagai penjawat awam.  mana-mana yg dah bekerja dgn syarikat swasta dengan gaji yg lumayan pun masih juga lagi nak apply kerja kerajaan yg gaji ciput tu. (tapi faedah nye banyak tau...)  bila memikirkan itu, aku sangat rasa bertuah dan sangat bersyukur kepada Allah kerana telah memberi aku rezeki dan jalan yg mudah untuk ini.  sememangnya aku harus mengakui bahawa sememangnya aku tidak menempuhi sebarang kesukaran untuk mendapatkan kerja.  sesungguhnya mungkin ini yg telah ditakdirkan Allah sebagai rezeki untukku.  Terima kasih Ya Allah.  

walau bagaimanapun, jgn salah sangka ya.  bukan bermaksud untuk meninggi diri, walhal jawatan yg disandang sekadar jawatan bawahan saja.  sekadar melahirkan rasa kesyukuran supaya diri ini tidak mudah lupa dari mana datangnya semua ini.  walau pun mudah untuk aku dapat kerja, cabaran dan dugaan yg datang selepas itu adalah lebih sukar dan lebih susah malah tak pernah terjangka dalam kotak fikiran aku.  sepanjang 5 tahun ini telah banyak kesilapan yg aku buat yg tidak mungkin aku akan lupa.  sama ada dari segi profesional nya mahupun secara peribadinya.  dan siapa tahu apa akan jadi pada masa akan datang.  walau apa pun, aku hanya mampu berharap keadaan akan jadi lebih baik untuk aku dari masa ke masa. 

my saturday 24/7/10

that saturday, goin out with p0kcek.  hala tuju?  at 1st mkn2 pizza hut@ bb.  pastu pergi mentengok wayang di klcc.  tgk cerita INCEPTION. (haih..kenapa kena capslock ek??)  leodicap si ex hero of titanic belakon and marion cotillard (aku suka dia...pretty and her style always captured my eyes) pelakon yg lain2 mcm tak kenal sgt.  ramai yg nak tgk cerita ni sampai ada express lane untuk beli tiket dia.  so, my expectations must be high la kan.  ingat kan best gila...rupernyer, ia adalah satu cerita yg agak memeningkan motifnya.  mula cerita je pun da rasa pening.  agak lambat untuk aku faham cerita ni, tapi aku cuba faham jugak (sbb da bayar kannn).  cerita pasal teknologi untuk tanam idea dalam kepala otak org lain melalui mimpi yg diciptakan sendiri untuk dijadikan realiti...(kalau tak silap lah, sbb aku masih blur mengenai motifnya).  apa yg pasti ia satu cerita yg lebih kepada mimpi dalam mimpi dalam mimpi.  korang kira lah berapa banyak mimpi daaa...aku pun tak tau nak cerita.  tengok la sendiri.  lakonan so far ok.  cuma filem ini terasa agak berat la.  bg yang tak suka berfikir, tak perlu tengok ye.  my next aim is, SALT.  nak tengok sgt, tak tau la kenapa.  sebab da lama tak tengok cik puan bibir sexy angelina jolie tu berlakon agaknya.  and da lama tak tengok thriller action nyer movie.  slalu tgk kartun, romantic comedy, whatsoever.............hehe. so, hopefully it won't be disappointed. 

enough said bout movies... so after tengok the wayang, duk snap pic kat taman klcc tu jap.  jap je.  da tak minat nak lepak2 mcm zaman muda2 dulu..(eh, ade ke? ada...sekali dua je kut.)  pastu nek tren pulang ke kampung.  kampung baru la...heheh.  oh, lupa mention..me n pokcek klu nak g klcc tu mmg duk parking kat stesen putra lrt kpg baru tu then naik tren ke klcc.  nak memparking kat klcc sambil mentengok wayang, mmg mengadap la nak byr harga parking nye jap g.  mau lebih mahal dari harga tiket wyg tu kut.  haha. tp ni semua idea p0kcek la.  kalau aku, main bantai je, janji senang.  tp si p0kcek ni penjimat org nye....bagus2! tp jgn kedekut ngn aku sudah....k la...nak sebok2 ltk my new pic.  =) =D  (ada pic ngn pokcek, saje taknak letak...rahsia!!! wakkakakaaa...silalah muntah kalau mauuuu)

muka comot


i always look awkward and awful in most of my pics!


tgk la...dasar kayu tak reti posing, tp nak jugak pose...lantak le.


oh, gambar ini aku sukaaaa...xde la nampak fake sangat.  lallalala
(p/s: mcm mana nak hlg kan mslh hidung berkilat?)

folks...guess aku da mls nak bebel panjang2.  itu aje kemaskini untuk masa ini. bye!~

22nd Jul 2010

last thursday, ikut rombongan ofis ke balai berita NSTP, shah alam.  saje2 je.  mula2 tak terfikir pun nak ikut sebab aku sangka hanya pegawai aje yg boleh pergi.  then tgk org yg subscribe nama untuk pergi ada antaranya pegawai biasa je, aku pun subscribe la skali.  (lagi pun, bkn senang p.a cam aku neh boleh keluar ofis...hehe) over all, apa yg aku faham mengenai lawatan ini adalah tujuannya untuk mengeratkan lagi hubungan company dgn pihak media.  ye la, lepas2 ni apa2 function company yg penting2, yg besar2, senang la sikit nak dapat liputan media kut.  selain itu, segala penerangan yg diberi oleh encik tukang bagi penerangan bg pihak NSTP especially dr segi teknikal and proses buat surat khabar tu....erm, boleh dikatakan aku lost! haha!  ye la...byk sgt penerangannya, and penerangan tu mengenai benda2 yg aku tak faham langsung, mmg la aku blur gamaknye.  tapi berguna juga lawatan ini kepada diriku...dapatlah aku tgk tmpt diorg print newspaper yg tak terkira banyak nye tu.  mesin2 yg diorg guna...kertas2 yg diorg guna, semua2 lah. aku tak tahu mcm mana nak cerita lebih lanjut kerana aku sememangnya hanya bawa badan je ke sana dannn....kamera!  tapi gambar2nya semua tak cantik.  eh, ke aku je yg tak cantik sebenarnya?  apa2 lah...aku try la upload gamba ek.  sebabnya berukben ni mula wat hal balik ngn aku...so, tgk la klu aku berjaya upload.....

me n kak eza...kat belakang2 tu ada machine2. tp tak nampak kan. tu maknenya, aku lebih penting!


pegawai NSTP yg beri penerangan.  aku duk sengih cam kerang busuk kat belakang.  hehe


muka buat2 khusyuk dgr penerangan. padahal tak faham 1 apa pun!


nampak gulungan warna putih yg besar2 tu? tu la dia kertas yg digunakan untuk newspaper yg kita selalu baca tu.  setiap satu gulungan, beratnya mencecah bertan-tan tau.  so, kalau kat opis korang tak cukup kertas cuba try mintak kat sini...


sekali lg aku nyibuk buat2 dgr penerangan.  haha..pe2 je lah dahlia oi.


kami berdua ni sama je blur nye....

lebih kurang 2 jam kami di sini.  lastly, dpt la cenderahati dr pihak NSTP.  dia bg kami mousepad and notebook.  and some refreshment!  pastu terus balik ofis semula.  simple aje lawatannya.  k, that's all dude!

Monday, July 19, 2010

mak.....abah....

hari menggu yg lalu saya telah menelefon mak saya.  saya  mengaku sangat jarang saya menghubungi mak saya jika tiada apa2 kepentingan.  kami borak mengenai masalah2 keluarga kami...  saya dgr mak saya nangis... saya pun sebak dan nangis sama...  tak sangka saya boleh nangis sebab tidak pernah saya begini.  lepas tu, saya jd makin rindu dgn mak saya dan setiap kali saya teringat mak saya, saya sgt sedih dan rasa nak nangis lagi.....

saya sedar sebelum ni saya seolah-olah tidak menghargai mak abah saya.  tidak peduli kan mereka sangat.  tapi dalam hati saya, saya sangat SAYANG mereka,  tapi mungkin saya tak pernah tunjuk pun pada mereka.  hanya Tuhan yang tahu betapa sayang nya saya pada mereka walaupun saya selalu lawan cakap mereka, selalu main2 kan mereka.  selalu sorok segala benda yg saya buat...selalu membelakangkan mereka dlm setiap keputusan yg saya buat sejak saya menginjak dewasa...  tapi dalam hati saya.....sentiasa ada Mak dan Abah saya! 

saya tau saya bukan anak yg baik.  yg taat.  yg lemah lembut.  yg sopan santun.  saya ini kasar org nya.  mak saya selalu marah saya pasal perkara ni.  dia kata saya kasar sangat. sombong.  tapi setiap kali itu saya sentiasa dgn pendirian saya sendiri bahawa itu lah saya, walau apa pun, pucuk pangkal nya adalah keikhlasan hati masing-masing.  dan saya sangat berpegang teguh dgn pendirian itu dan berasa bahawa tidak kira apa pun yang orang kata, yang penting adalah niat di hati.  namun sekarang baru teringat betapa kasarnya intonasi saya sewaktu bercakap dengannya...  dan saya rasa bersalah.  mengapa baru sekarang? mengapa tidak dari dulu saya menyedari perkara ini?  oh, sebenarnya bukan saya tidak menyedarinya, cuma saya tidak mahu mengakui...  betapa tinggi nya ego saya.

saya sedang meniti hari-hari dan setiap detik di dalam hari-hari tersebut menambah bilangan usia saya dan seharusnya saya menjadi matang dari sebelum2nya.  dan semakin dewasanya saya, semakin tualah kedua ibu bapa saya.  selama mana lagi mereka boleh bertahan mempertahankan anak-anak mereka sekiranya kami ditimpa kesusahan?  saya dapat lihat wajah kerisauan mak saya setiap kali anak-anaknya ditimpa kesusahan, kesungguhan dan kepayahan mak saya mencari penyelesaian terhadap setiap kesusahan yg telah kami cipta di atas kesilapan diri kami sendiri....betapa kami mementingkan diri sendiri setiap kali membuat keputusan tanpa berfikir.  

hanya di sini saya berani luahkan apa yg terbuku di hati saya. perasaan saya kepada ibu bapa saya kerana tidak pernah terucap di bibir saya ini sendiri untuk mengatakan pada mereka bahawa saya SANGAT SAYANG Mak dan Abah.  tidak terlafaz kata-kata kesalan dan maaf dari mulut saya sendiri kepada mereka di atas setiap perkara yang saya lakukan yang telah menyakitkan hati mereka.

Mak, Abah...
ADIK MINTA MAAF ATAS SEGALA APA YANG ADIK LAKUKAN YANG MUNGKIN TELAH BUAT MAK DAN ABAH BERJAUH HATI SELAMA INI.  PERCAYALAH, SELEPAS ALLAH S.W.T. , MAK DAN ABAH ADALAH ORANG YANG PALING DEKAT DI HATI ADIK, YANG PALING MENYENTUH HATI ADIK!~

Sunday, July 18, 2010

my days...before

dear cik belog,

sepanjang kehilangan diriku dari menghiasi dadamu dgn cerita2 mengarutku adalah kerana aku sudah kemalasan dan mmg perangai buruk aku yg suka sangat bertangguh utk membuat sesuatu. setiap aktiviti yg aku lakukan selalu saja aku teringat utk diisikan ke dadamu yg semakin kosong ini, namun halangan nya adalah semata-mata kerana sifat burukku itu.  =(  tetapi kini aku kembali.  (sebab aku sdg perbaiki diri supaya jgn menjadi terlalu malas utk diri sendiri!)

ok, now let me tell you just what happened for the past few weeks.  (err...aku ingat2 lupa je ni pe yg aku da buat..hehe)  10 & 11/7/2010 - my p0kcek suda start class.  so, takde ape yg aku boleh buat, sbb tak boleh dating.  (menyampah ke??) tp, apa2 pun, aku mana boleh duduk diam.  tak dapat dating, kawan2 kan ada.... hehe.  so, drpd duduk saja di rumah aku pun ajak lah my housemate, cik huda keluar makan and window shopping di alamanda aje.  without telling my p0kcek plak tu.  pastu, nak dijadikan cerita, aku tlh ketertinggalan hp di rumah.  balik rumah hampir pukul 7p.m.  check2 hp, ada miss call dr p0kcek and sms.  aku baca sms tu... zuppppppp!!! sentap kejap.  rupa2nye dia nak ajk tgk wayang kul 6.30p.m.  skang kul 7... kelam kabut call dia balik.  off hp!~ wahhh...itu marah sgt la tu.  terus ajak cik bebek teman g umah si p0kcek kunun2 nak pujuk balik. (huhue....caya tak, aku buat keje tu??)  nasib baik dia ada kat rumah.  dan nasib baik tak kena sembur baekkk punya ngn dia.  (sng je nk pujuk dia ni rupanya... bagus, tak yah byk2 keje. =) )  pastu kitorg g mkn2 di bangi...aku angkut cik bebek skali.  dia pun bwk kwn dia...pastu round2 k.l jap.  balik rumah dlm kul 2.00a.m.  esok nya, kami seisi rumah dah janji ngn cik bebek utk membelanjai beliau sempena harijadi beliau yg baru berlalu.  dlm kul 3.00p.m menggerak2kan diri ke pizza hut alamanda (lagi...)  round2 alamanda (lagi...)  aku telah terbeli sepasang kasut (lagi...) haha!!!  pastu gedik2 aku nak pakai contact lense big eyes yg cam cik farra pakai tuh.  nak kaler cokelat cam dia gak...bergegas2 la ke warta bangi.  jumpa la benda alahnya...tapi takde kaler cokelat. aku beli jugak kaler grey.  yey! pakai lense da skang...but i think i am more likely to wear my spectacles back.  lebih selesa...biarpun ortodoks! =D  but so far ok la...still go on with my lense.

abes cerita the weekend...continue to the weekdays.  12 - 14/7/2010.  aku kena menghadiri kursus di kelantam.  Kursus Fungsi Pembantu Setiausaha Pejabat & Setiausaha Pejabat.  1st time jumpa p.a2 yg berkhidmat untuk JBPM dari segenap negeri di Malaysia ni.  baru la kenal muka sbb selama ni mungkin bercakap di telefon saja.  the course went well.  the facilitator did a good job.  tidak la sampai aku tersengguk2 sgt walaupun ada ketikanya bila time tajuk yg boring tu, mmg rs nak letak je kepala atas meja tu dan tido!  sepanjang di sana, kak ida (p.a bhgn. operasi) menjadi kwn baik aku....thanks ya!(sebabnya, aku ni anti-sosial) hoho...takdela sampai ke tahap tu kut.  mungkin aku sendiri yg tak pandai nak bergaul.  tapi takpe la, janji kita tak buat hal kannn.  and yg best nya kursus ni, ada sesi jalan2 and sopping2.  abes duit aku.  da la bajet tak banyakkk...haih!  nak tak nak, terbeli la jugak beberapa barangan.  pergi rantau panjang,  membeli...pergi wakaf che yeh, membeli...pergi pasar siti khadijah pun membeli....pastu duit da abes, telefon p0kcek maklum kat dia dah takde duit...ala, maklum je pun. heheheheheee

15 &16/7/2010 -  got back and work as usual.  org2 opis semua duk tegur aku nampak lain.  (sebab pakai lense kaler grey ni la...itu pun mau kecoh. ape da....)  takpe la, tadah je la muka untuk org belek ye.  artis kan...nak wat cemane. haha.  15hb tu sebenrnya, aku puasa.  tapi 'ter'buka sebab tn.gan bawak durian utk makan ramai2.... haha.  teruk la i!  ala, takpe...puasa ganti da abes. (alasan!)  nikmatnya dpt makan durian.  maklumla, org kampung...mmg camni la perangai.  sesetengah org tak suka makan durian kan? busuk katanya....oh, whatever!~  bg aku, bau dia tu la yg menyelerakan...nak buat perfume pun takpe! (gila...!) =D  .  16hb ada majlis penyampaian watikah kb52 dan perhimpunan bulanan.  part yg aku suka of course bab makan2.  jimat duit yg da kering dek sopping kat klantam tu.  tp that day, aku terasa agak sedih.  sebab bos2 yg kb48 kat bhgn korporat ni semua dpt naik pangkat, so diorg semua kena transfer la.  congrates for them on their promotion, but i'm sad on their transferation.  i'm saying this truly honest f.t.b.o.m.h.  sebabnya, diorg ni baik.  sporting.  and agak mudah la bekerjasama dgn diorg.  akan datang, yg menggantikan diorg tak tau la lagi mcm mana keadaannya kan. 

well....da abes sampai situ.  jumpa balik weekend.  17 & 18/7/2010.  surprisingly, aku tak buat apa2 dan tak pergi mana2!  eh, yeke? err...tak jugak.  hari sabtu petang, keluar jap je ngn cik farrah.  teringin makan yg manis2...hehe.  so, decide pergi secret recipe presint15 tu.  dapat la makan kek.  kitorg teringin nak makan choc chip walnut sebenarnya.  tp takde pulak.  so aku decide makan kek durian durian (tu tajuk dia..)  haih, durian lagi?  *wink!*  cik farrah mkn kek choc indulgence..ye, pilihan yg selamat.  and aku duk gatai tambah brownies walnut plak.  nak jugak walnut tu kannn.  oh, FYI kek durian durian tu tak best yeh.  tak yah mkn.  rasa mcm ais krim durian je.  lost my appetite! tp, hampir abes jugak aku makan! haha....  18hb, pun takde buat apa.  duk umah saje.  tapi, akhirnya terkeluar jugak....=)  sebab, nak hantar baju kat dobi and perut terasa sgt lapar, tapi malas sgt2 nak masak!  so pergi la cari mkn kat luar.  mkn nasi campur je pun kat bangi.  jauh kan cari makan?  lewat petang tu mcm lapar lagi.  cik huda duk bersungut2 nak makan kudapan2 la pe la...ngada2 tau dia ni...suh masak taknak! malas.... pemala-s tau kau huda...tak baik.  abes, aku pun sama je.  =D  tapi, aku gagahkan juga gi ke dapur.  wat cekodok.  u know what, for the 1st time aku buat cekodok yg mcm hampeh, tak jadi, hancur peroi! haha.  me vs cooking = i'm sucks!~  (cik huda tak tahu kisah ni) sebab dia duk diam dlm bilik.  so, acuan yg tak jadi tu ke tong sampah le jwb nye.  buat lagi satu.  yey, kali ni ok.  even tak sedap, tapi tahap boleh dimakan la ye.  haha...cekodok je pun.  failed!  lambat lagi la nak kawen gamaknya ni.   

ok lah....sekali update, aku himpunkan semua sekali.  jenuh la.  hehe.  tu la akibat bertangguh.  aku sedang perbaiki diri ni.  doa kan la aku dpt buang tabiat buruk aku ni secepat mungkin ye.  

oh ye, sebenarnya nak update letak gambar sekali...tapi, malas nak sedut dari laptop tu. (malas lagi...)  jadinye, aku membebel seorang diri je la ye wahai cik belog. daaaaaaaaaa



oh my....

hi cik belog!  sorry for my ignorance to u in this lil' while...  got no mood to update u.  i miss u but i just can't help myself for being too lazy, well u know me better rite?  so this i promise u, i'll get back to u later on yeh! daaa....

Monday, July 5, 2010

MALAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saya malas. saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas.  saya malas ape??? apeee??? saya malas??? saya malas keje!!!! uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

tapi...type perkataan Malas saya rajin.  yiiiihhhuuuuuuuuu...MALAS!~

Thursday, July 1, 2010

Relief!

Haaa...remember my last post? Bout new boss? So, i already knew the result.  Bos lama aku akan stay for another 4 months untill this november.  tp kesian la kat dia kene tanggung 2 kerja, 2 bahagian.  tp, takpelah...aku suke =) (selfish!) hehe.  after that november...going to get new boss.  tapi calonnye, aku da tau....dan aku lega sket la sbb bukan org yg aku tak nak tu!~  tak kenal sgt ngn bos baru tu tapi, ok la kut.  org kata jenis yg cool jugeks. =) weeeeeeeeeeee. k lah tu je. daaaa