Thursday, August 11, 2011

Ramadhan ke-12

Ramadhan pertama takde, ramadhan kedua ketiga keempat bla..bla..bla...sume takde, tetibe dgn takde hangin ributnya, aku muncul dgn ramadhan ke 12!  wahahaha.  well, mcm la tak biasa dgn entry tenggelam timbul kat blog entahhapemotifnya ni.  Apa nak cerita yeh?  Takde apa sangat pun, cuma ramadhan tahun ni, ku merajinkan diri memasak setiap hari!  Dulu? Main lauk tunjuk sajaaaa....

Saje la nak mahirkan diri dlm bidang masakan ni sebab nanti bila da kawen tidak la laki ku hidup kebuluran di rumah then botak kepala sebab rabak poket kerana terpaksa makan kat kedai hari-hari.  hehe....  Tapi masak benda yang simple mimple aje.  Mana boleh advance sangat, tapi bila dah advance nanti ada gak berangan nak masuk Masterchef!  Wahhh gitu....very the!

Bila memasak di rumah bujang, haruslah ada kawan-kawan yang tukang monitor nya.  hoho.  pantang aku duk bersilat kat dapur, mesti nak buat muka terkejut.  wahhh, ape?ingat aku cikai sgt yeh bab masak memasak ni??? wiwiwi.  tapi memang boleh tahan jugaklah cikai nya sebab dah tua-tua bangka mcm ni masih tak boleh nak bezakan sayur-sayuran hijau yang nampak lebih kurang sama je semuanya di mata aku ni!  oh ye, bukan sayur je, ikan pun sama, errr buah pun sama.  boleh ke aku kata buah pulasan tu adalah buah rambai???  aiyo0o....cemane ni....sayur kailan yg da masak, aku kenal....yg fresh belum masak aku tak kenal!  limau kasturi, limau nipis, limau purut pun konfius jugak weh!  masalah betul.

Satu lagi kegemaran aku waktu memasak adalah aku tersangatlah suka tertumpahkan garam selori dalam makanan tu.  hehe.  Selalu benor rasanye masakan aku boleh menyebabkan kadar pesakit yang menghidap penyakit darah tinggi di Malaysia semakin meningkat! hahaiiii...entahlah, rasa mcm tak yakin lah kalau letak garam sikit-sikit ni.  nanti tawar nau rasenye..... =D

Tapi masalah-masalah yang berlaku di atas akan cuba diatasi secepat mungkin sebelum aku menyinggah ke rumah mentua nanti.  Baiklah!  Muahhahaha...  Ini adalah entry tidak bergambar kerana niat dalam hati nak letak hasil air tangan ku, tapi disebabkan menghormati pengunjung-pengunjung blog (erk, ada ke???) yang berpuasa, ku batal kan niat tersebut. (ceh, konkritnya alasan! pada hal, hasil kerja masakan aku nampak tersangat lah hodoh sebenarnya...hehe)  Ok. Dah malas nak taip sebab jari-jari ni takde bertenaga kerana mereka berpuasa juga.  Till the next entry!



No comments:

Post a Comment