Friday, October 18, 2013

hurtful for being heartless

Fuhhhh....mmg berhabuk gila blog ni. Last update masa my lil munchkin umur 3m.o. now she's 1y.o++. Haha. In the meantime mmg xde buat pape pun sebenarnya...cuma rutin harian biasa je la kan... takde rasa nak update langsung since pemilik blog ini bukan la blogger yg tegar. Im just
a silent reader to a few blogs of my interests n some of my frens.

So what makes me so suddenly appears in here today? Heh... tengok tajuk la weh.  Tajuk emosi terlebih tu. Yep! Nak buat curahan perasaan je sebenarnya... time2 mcm ni la baru rasa rindu kt my blog. Sorry ye blog... :( nak mencurah perasaan kt fb rasa mcm x seswai sbb nti takut kawan2
Terbaca status. Twitter? I dont have one. hihihi. Kt blog ni je rasa mcm selamat skit, sbb i know my blog ni xde reader sgt pun. Haha

Hmmm...dari td duk membebel for nothing je kan. Tu la dia perangai! Cakap ikut suka smpai sakitkan hati org lain. Pastu sendiri menyesal kan! Pastu da malu nak minta maaf kan! Padan la muka aku. Terbeban nya hati ni. Kenapa la mulut ni ringan je berkata kata tanpa berfikir??! Nak speak out la konon xnak pendam2 apa yg terbuku dalam hati. Hah..skang org tu da kecik hati, perang dingin. Puas ke hati ni? Dgn someone that's very close to my heart in my life pulak tu.

Change la dahlia. Jgn nak duk busuk hati sangat. Cuba lapangkan dada, tenangkan fikiran n bersihkan hati. Even x setuju pn, if what u gonna say will make people shed in tears, u better be shut your mouth up! Silent is the best, because youre such a sarcastic, dahlia.  Dont u realize that this kind of attitude exists in u for all the years u live?

Enough is enough. I did hurt her n im not feeling great about it.  I hope i will not do it ever again...yes, i really hope so...  my heart is always crying for what ive done!!!


Thursday, November 29, 2012

Life. Unexpected.

Assalammualaikum,

Woohoo...setahun tidak mengapdet blog! Agak2 leh masuk Guinness World of Records tak? =)  Rasanya kali terakhir mengapdet adalah selepas selesai majlis kahwin. Kemunculan semula ni pun sebab nak apdet perkembangan diri lah ni. (sebelum2 ni macam tak cukup berkembang... yang sangat berkembang adalah badan yang empunya blog je! hihhihihi)

Yep, base on the above subject...my life on 2011 & 2012 is full of unexpected things happened.  I never thought of being a wife to a man, get pregnant and now i'm a proud mommy to a healthy baby girl.  Syukran Ya Allah for your gift.  Yes, it will always be my dream to have a family of my own...but when i look back to the past, i don't even think that i'm gonna get married and having children!

Betapa aku merasa malu dengan Allah...pada saat2 diri ini selalu lalai menunaikan tanggungjawab kepadaNya, Dia masih memberikan aku ini peluang memperbaiki kehidupanku sebagai hambaNya serta merasai nikmat menjadi seorang isteri & ibu .  Ampuni aku Ya Allah.  Sesungguhnya segala puji-pujian kepada Mu. Terima kasih kerana meminjamkan kepadaku nikmat-nikmat kehidupan di bumi Mu yang kau ciptakan indah untuk hamba-hambaMu.  Terima kasih kerana mengingatkanku untuk terus menghambakan diri kepadaMu...kerana hidupnya aku kerana Mu, Ya Allah.Segala apa yang aku ada sekarang adalah milik Mu, Ya Allah.  

So here we are...Anugerah Terindah dari Allah:


















Name: Dini Nur Afiqah bt Anas
D.O.B: 29.8.2012
P.O.B: Hospital Segamat, Johor
Weight: 3.0kg 


 Our first born

Amanah Allah, tanggungjawab kami.  Her smile lights up my days!

Now, she's 3 months old.

Afiqah,
Doa mak untuk Afiqah, InsyaAllah, takkan pernah putus.  Semoga Allah panjangkan umurmu untuk terus menjadi anak kami dan menjadikan mu seorang anak yang solehah, semoga Allah sentiasa melindungi mu dan semoga hidupmu terpelihara olehNya serta diperelokkan pula akhlakmu.  

Ya Allah,
Berikan juga kami petunjuk dan hidayah Mu dalam membimbing kehidupan anak kami ini sehingga dia beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat Ya Allah.  Tiada apa yang kami harapkan melainkan doa nya untuk kesejahteraan kami di saat kami dipanggil kembali kepadaMu Ya Allah... Amin Ya Rabbal a'lamin.

Sunday, December 4, 2011

UPDATING MY STATUS!

Yep! I'm officially MARRIED! ! !


26.11.2011

Hope this happiness would last forever...Thank You ALLAH. We'll always pray for Your blessings.....


p/s: hehe...this lately, entri2 kat belog ni semuanya pendek2 aje kan?  =)

Thursday, November 17, 2011

... TO ME!!! hihihi

Yep, last 15th Nov 2011 was my 26th birthday.  Hari ni umo shaye da masuk 26 tahun 2 hari.... =D.  ALHAMDULILLAH syukur masih diberi nafas kehidupan.  At this age, Insya Allah i'll be a wifey soon (like reaaaal soon!) =).  Terima kasih kpd kawan2 yg mengingati dan mengucapkan selamat sama ada melalui mulut sendiri mahu pun melalui FB.  Yeah, I do realize i don't have so much friends but the friends i've had were the most greatest friend of all!

p/s:  My fiance forgot my birthday!!! Ade ke patotttt????  Sib baek la ai bukan jenis yg sentimental sgt. =P(mmg saje nak note kat sini...sebagai ingat-ingatan. hihihihi)

Wednesday, October 5, 2011

Blowing Away...

This lately terasa ruang lingkup hidup ni semakin mengecil.  Makin hampir saat utk 'itu' semakin terasa sesak di dada.  For sometime terasa malas nak fikir apa yg akan terjadi seterusnya.  Am I crazy enough to go on with something that i'm losing faith on it?  There's no way for me to step back.  Not a chance.  I am scared.  'Nuff said.

Berblogging di Kampung

Hai! Sedang bersiaran di kampung.  Ambil kesempatan balik sempena cuti Hari Malaysia plus, ada jemputan kahwin di sini.  My ex-classmate masa sekolah rendah dulu kahwin.  Dulu masa kat sekolah kitorang mmg rapat.  Dia selalu belanja saya sebab duit belanja sekolah dia banyak...tak macam saya, dulu duit belanja sekolah 60sen je sehari....hihhihi!  so, skang bila dia kahwin, harusssss lah saya menghadirkan diri.... Alhamdulillah dia masih ingat kat saya.... sebab lepas abis darjah 6 dulu, saya sambung sekolah di tempat lain, and dia pulak kat tempat lain.  So, kami tak jadi rapat sgt mcm dulu.  sampai lah sekarang.  Tau-tau je dia da nak kawin....dia kawin dulu dari saya pulak tu! hehehehe........

Ni lah dia org nye....


Me and the bride - Ain



Ain dan suaminya.  Selamat pengantin baru...moga kekal ke anak cucu.  Hoyeh! (ops, sori...gmba tak clear sbb guna kamera hp saje...)


Malam sebelum balik kampung, me and bebek gedik2 nak ikut cikpuan fara pergi majlis jamuan hari raya di ofis beliau iaitu JPN.  Sibuk je kan kitorang....tapi peduli apa kan....tahun ni my raya was so sad.  tak pergi mana2 pun, so dpt pegi jamuan hari raya mcm ni, da kira mcm raya jugaklah kan.  dapat makan....dah la siang tu saya puasa...so, memang kena sgt lah mlm tu pegi jamuan raya....makan tak hengat! haha!  tp kena sabar la utk makan klu pegi jamuan besar2 mcm ni sbb org yg dtg masya-Allah ramainya.  so, nak amik makanan kena beratur panjang lah.......da la lapooooo....uuuuu...tak pe...janji dpt jugak makan....Alhamdulillah.  dan cik bebek saya dpt tebus kempunan dia nak makan aiskrim malam tu....sebab 2-3 hari sebelum nya dia duk sebut nak makan aiskrim aje, tp tak dapat2..last2 dpt kat JPN....walaupun aiskrim cair...jadilah kan bek! hahak....! 


P/S: INI ADELAH POST HAMPIR SEBULAN YG LALU TELAH DIPERAM DLM DRAFT SAMPAI HARI NI.  HEHE.  MALAS NAK EDIT BALIK. SO, PUBLISH JE LAH.  JANJI ADA KENANGAN YG TERTULIS.....

Sunday, September 4, 2011

Salam Lebaran

Just a quick update memandangkan sebelum raya hari tu tak sempat nak buat ucapan....ececeh da rasa macam setaraf dgn PM dan bininya pulak yang duk buat ucapan sempena hari raya untuk rakyat jelata di tv! 

Jadi dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin kepada semua rakan-rakan yang membaca blog ini mahupun yang terbaca blog ini.  Sekiranya ada sebarang entry saya yang mungkin mendatangkan ketidak puasan hati sesiapa, ampun maaf dipohon.

All of Us - Aidilfitri 2011 (owh, ada sorang lagi...along saya yg tukang amek gamba ni)







Sweety Pies!


SELAMAT HARI RAYA SEMUA 
(sesungguhnya, Ramadhan pasti amat dirindui...)